Tentang Kami
Bermula Dengan Kepercayaan.

Sejak 2018, Real bukan sekadar membina barbershop, kami membina kepercayaan. Di sinilah kemahiran bertemu layanan yang mesra, dan setiap potongan rambut penuh ketelitian. Setiap kunjungan direka untuk membuatkan anda berasa selesa, tampil lebih kemas, dan pulang dengan keyakinan yang lebih tinggi.
Tujuan Kami
Menjadikan Setiap Pengalaman Lebih Bermakna
Kami percaya setiap pelanggan berhak menikmati servis berkualiti. Dengan kemahiran profesional dan layanan mesra, kami memastikan setiap kunjungan bukan sekadar potongan rambut, tetapi juga meberi keyakinan untuk melangkah ke hadapan.


Nilai Teras Kami
Apa Yang Membuatkan Real Berbeza
- Respect
Kami melayan setiap pelanggan, rakan sekerja dan rakan kongsi dengan rasa hormat, profesionalisme dan keprihatinan yang ikhlas. - Excellence
Kami sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari dan memberikan kualiti dalam setiap perkhidmatan serta interaksi. - Accountability
Kami bertanggungjawab terhadap hasil kerja, menepati janji dan melakukan perkara yang betul. - Learning
Kami terus belajar, membangunkan kemahiran dan mengamalkan penambahbaikan berterusan.
