Akademi
Di sini, langkah
seorang barber bermula.
Sejak 2019, Real Barber Academy telah berjaya melatih lebih 1,000 orang barber melalui pembelajaran praktikal berasaskan industri. Pendekatan hands-on kami membantu pelajar bermula dari kosong sehingga mampu menjadi barber profesional dengan kemahiran, keyakinan dan sikap untuk membina kerjaya sebagai seorang barber atau menjadi usahawan barbershop.
Ketahui Lanjut
Program Latihan Kami
7 Hari
Asas Barber Basic
Pelajari kemahiran asas barber, penggunaan peralatan dan teknik penting yang diperlukan untuk mula menjadi barber profesional.
16 Hari
Kerjaya Barber Premier
Bina kemahiran guntingan profesional melalui latihan praktikal yang terbukti berkesan dan bersedia untuk memulakan kerjaya sebagai barber berkemahiran.
16 Hari
Usahawan Barber Ultimate
Kuasai kemahiran barber lanjutan sambil mempelajari asas perniagaan dan operasi untuk menguruskan barbershop yang berjaya.

Mengapa Real Barber Academy
Bina kemahiran
untuk masa depan anda
Pembelajaran Pantas Bersama Tenaga Pengajar Berpengalaman
Kuasai teknik guntingan rambut profesional melalui latihan praktikal yang tersusun, dibimbing oleh Head Trainer dan Coach kami yang berpengalaman.
Sokongan Selepas Tamat Kursus & Peluang Kerjaya
Pelajar yang layak akan menerima bantuan penempatan kerja serta bimbingan berterusan melalui komuniti alumni eksklusif kami.
Akademi Dipercayai dengan Rekod Terbukti
Sejak tahun 2019, kami telah membantu ramai pelajar memulakan kerjaya profesional dan membuka perniagaan barbershop sendiri.
